
“Jika ekonomi mengizinkan, saya percaya tiada masalah untuk menaikkan geran khas kepada Sabah,” kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) itu yang dipetik The Borneo Post.
Pada 2025, Putrajaya menggandakan geran khas kepada Sabah dan Sarawak kepada RM600 juta, dua tahun selepas dinaikkan kepada RM300 juta dengan Sabah menerima tambahan RM40 juta manakala Sarawak mendapat peningkatan lebih besar selepas sebelum ini hanya menerima RM16 juta.
Sementara itu, Mustapha turut merakamkan penghargaan kepada Adun Sabah kerana membahaskan tuntutan hasil pada persidangan dewan baru-baru ini.
Beliau berkata kerajaan persekutuan sedang meneliti semula geran tersebut secara aktif.
“Kami sedang mendengar dan meneliti perkara ini, dan saya sendiri telah membincangkannya dengan (perdana menteri) Anwar Ibrahim,” katanya.
“Perkara itu juga telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu, dengan keputusan “dijangka dalam masa terdekat”, katanya.
Tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengesahkan hak perlembagaan Sabah untuk menerima 40% daripada hasil cukai persekutuan bersih yang diperoleh di negeri itu.
Anwar sebelum ini berkata kerajaan akan menghormati hak Sabah tersebut.