
Pesawah bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di Seberang Perak dan Kerian, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), dan Jabatan Pertanian Malaysia itu menerima RM200 bagi setiap hektar sawah, kata Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Zolkafly Harun, lapor Bernama.
Pemberian semasa bagi IPKP adalah RM300 sehektar, bagi membantu golongan pesawah susulan kenaikan kos bahan api akibat krisis tenaga global. Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan kerajaan akan memberikan sebahagian IPKP kepada 240,000 pesawah berdaftar di seluruh negara.
Sementara itu, Zohir Jamaludin, 39, yang mengusahakan sawah seluas 2.4 hektar di Kampung Gajah, Pasir Salak berkata pemberian itu tepat pada masa.
“Saya berharap kaedah pembayaran dapat diberikan secara terus kepada pesawah supaya bantuan dapat digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya.