Bahan api: Sumber bekalan baharu sedang dimuktamadkan

Bahan api: Sumber bekalan baharu sedang dimuktamadkan

Petronas di peringkat akhir usaha mendapatkan bekalan bahan api bagi fasa seterusnya.

RON95
Petronas mengesahkan bekalan bahan api di stesen-stesennya akan bertahan sehingga akhir Jun.
KUALA LUMPUR:
Petronas di peringkat akhir usaha mendapatkan bekalan bahan api bagi fasa seterusnya, berlatarkan krisis tenaga global yang sedang berterusan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasir.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat, katanya.

“Kita perlu memastikan aktiviti ekonomi dapat diteruskan, memandangkan sebahagian besar bekalan bahan api kita selama ini dari Asia Barat.

“Seperti yang dinyatakan oleh perdana menteri, kami sedang memuktamadkan sumber bekalan baharu,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Ekonomi Universiti Malaya.

Menurut Akmal, simpanan bahan api semasa Malaysia sebahagian besarnya kekal pada tahap operasi, setelah berjaya mengekalkan bekalan walaupun terdapat sekatan di Selat Hormuz.

Bulan lalu, Petronas mengesahkan bekalan bahan api di stesen-stesennya akan bertahan sehingga akhir Jun, melanjutkan unjuran awal selama sebulan.

Syarikat minyak nasional itu membekalkan kira-kira 50% daripada keperluan bahan api negara melalui anak syarikat yang tersenarai awam, Petronas Dagangan Bhd, manakala baki dibekalkan syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.