Along disyaki dalang 4 rumah dibaling bom petrol

Along disyaki dalang 4 rumah dibaling bom petrol

Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

burnt car
Keadaan sebuah rumah yang musnah selepas dibaling bom petrol dalam satu kejadian di Iskandar Puteri, Johor minggu lalu. (Gambar Facebook)
ISKANDAR PUTERI:
Polis menerima laporan berkaitan empat kediaman di Bukit Indah di sini yang terbakar dipercayai akibat dibaling bom petrol dalam kejadian pada Jumaat dan Sabtu lepas.

IPD Iskandar Puteri dalam kenyataan ringkas memaklumkan polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Liew Chin Tong meluangkan masa ke lokasi kejadian yang dipercayai dilakukan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau Along dari Singapura.

Liew dalam hantaran Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Balai Bukit Indah JM Alvin Sudesshen yang bertindak pantas sebaik menerima laporan.

Beliau yang juga Adun Perling menyokong inisiatif penduduk setempat dalam mewujudkan kemudahan keselamatan dan menyalurkan peruntukan kebajikan kepada mereka yang terjejas serta memaklumkan tindakan susulan akan diambil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.