
Ketua Polis Dang Wangi Sazalee Adam berkata, siasatan kes masih berjalan, namun kertas siasatan berkaitan empat lelaki tempatan itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan tuduhan.
“Kesemua suspek telah diberi jamin polis,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Pada 25 April lepas, Sazalee dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil penganjur serta peserta perhimpunan itu bagi membantu siasatan insiden letupan mercun yang mencetuskan kekecohan di lokasi kejadian, iaitu di depan Kompleks Sogo.
Beliau berkata, sedikit kekecohan melibatkan pembakaran mercun tercetus ketika perhimpunan bermula, namun tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 bagi mengenal pasti punca kejadian serta individu yang bertanggungjawab.