
Pemain nombor 67 dunia itu tumbang 20-22, 10-21 kepada Daniil Dubovenko dalam perlawanan berlangsung 38 minit di Stadium Nimibitr, Bangkok, yang menjadi penyingkiran pusingan pertama keempatnya daripada tujuh kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tahun ini.
Zii Jia kelihatan tidak cergas apabila mudah menyerah kalah pada set kedua selepas memberi tentangan sengit dalam set pertama, di mana beliau sempat memegang ‘game point’ pada satu ketika.
Dalam pusingan kelayakan semalam, bekas pemain nombor satu negara itu berhempas pulas untuk menang perlawanannya menentang pemain tidak mempunyai ranking.
Bekas juara All England itu hanya berjaya melangkah ke dua peringkat suku akhir tahun ini hanya dalam kejohanan tahap rendah di bawah acara Jelajah Dunia Super 300.
Terbuka Thailand merupakan acara kategori Super 500.
Dalam perkembangan berasingan, wakil tunggal Malaysia dalam kategori perseorangan wanita, Goh Jin Wei, tewas kepada pemain muda Thailand, Yataweemin Ketklieng, dengan keputusan 21-13, 19-21, 16-21 dalam masa 60 minit.