Harus selesai pertikaian Asia Barat melalui dialog, tegas Malaysia

Harus selesai pertikaian Asia Barat melalui dialog, tegas Malaysia

Menteri Luar Mohamad Hasan sampaikan pendirian Malaysia kepada rakan sejawatan dari Iran.

mohamad hasan
Menteri Luar Mohamad Hasan bertemu Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi di tepian mesyuarat negara rakan BRICS. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pertikaian di Asia Barat harus diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan menghormati undang-undang antarabangsa, tegas Malaysia.

Menteri Luar Mohamad Hasan menyampaikan pendirian negara itu selepas dimaklumkan tentang perkembangan semasa konflik di rantau tersebut, oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, di New Delhi, India.

“Malaysia menegaskan pendirian bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog, diplomasi dan penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa, demi menjamin keamanan, kestabilan serta keselamatan di rantau tersebut,” katanya di Facebook.

Mohamad bertemu Abbas di tepian mesyuarat menteri-menteri luar negara rakan BRICS, hari ini.

Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb lalu yang mencetuskan tindak balas Tehran terhadap Israel serta sekutu AS di Teluk, selain Selat Hormuz ditutup.

Sementara itu, Mohamad turut bertemu Menteri Luar Cuba, runo Eduardo Rodríguez Parrilla, di tepian mesyuarat sama.

Mereka membincangkan situasi geopolitik dan ekonomi semasa di Cuba, dan Parrilla menzahirkan penghargaan atas sokongan Malaysia kepada usaha menamatkan sekatan unilateral AS ke atas Cuba.

“Malaysia dan Cuba kekal komited untuk terus memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama di platform antarabangsa, termasuk BRICS, NAM dan G-77,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.