Ketua polis daerah Sarawak disiasat atas dakwaan gangguan seksual

Ketua polis daerah Sarawak disiasat atas dakwaan gangguan seksual

Pesuruhjaya Polis Sarawak Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Mangsa mendakwa dipelawa ke kediaman pegawai polis kanan itu sebelum menjadi mangsa gangguan seksual dan kejadian sama didakwa turut berlaku di tempat kerja. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang ketua polis daerah di Sarawak disiasat atas dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang anggota wanita bawahannya.

Berita Harian melaporkan laporan polis dibuat mangsa semalam yang mendakwa beberapa kali menjadi mangsa gangguan seksual pegawai kanan itu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian itu bermula bulan lalu selepas anggota wanita terbabit ditugaskan ke IPD berkenaan.

Mangsa turut mendakwa dipelawa ke kediaman pegawai terbabit sebelum menjadi mangsa gangguan seksual, dengan kejadian sama didakwa turut berlaku di tempat kerja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.