
Menurut Kementerian Kewangan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.85 seliter berbanding RM4.70 seliter setakat hari ini, manakala harga RON95 ditetapkan pada RM4.07 seliter, naik daripada RM3.87 seliter.
Harga diesel di Semenanjung akan ditetapkan pada RM4.97seliter, naik daripada RM5.87 seliter.
Harga bahan api itu berkuat kuasa hingga 27 Mei.
Harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah pada RM2.15 seliter.
Bagi petrol bersubsidi di bawah sistem kawalan petrol bersubsidi (SKPS), harganya kekal RM2.05 seliter, dan diesel bersubsidi di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) juga kekal pada RM2.15 seliter.
“Harga minyak mentah Brent kini mencecah sekitar USD110 setong, hampir 60% lebih tinggi berbanding paras prakonflik sekitar USD70 setong.
“Pada masa yang sama, kos logistik dan premium insurans turut meningkat ketara akibat risiko penghantaran melalui zon konflik, sekali gus memberi tekanan lanjut kepada harga produk petroleum,” katanya dalam kenyataan.
Kementerian juga menasihatkan rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memanjangkan bekalan negara.