Rayer menang RM100,000 saman fitnah warganet

Rayer menang RM100,000 saman fitnah warganet

RSN Rayer berkata kenyataan dalam video antara lain membayangkan beliau mencuri dana Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.

DAP MP RSN Rayer
Mahkamah Sesyen juga memerintahkan kos RM4,000 kepada Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer. (Gambar Bernama)
GEORGE TOWN:
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer diberikan ganti rugi RM100,000 selepas menang saman fitnah terhadap seorang pengguna media sosial berhubung beberapa video diterbitkan dalam talian, pada 2024.

Peguam Rayer, K Kumarathiraviam, berkata Hakim Mahkamah Sesyen Norsalha Hamzah juga mengarahkan S Murugesan, 50, membayar kos RM4,000 kepada Ahli Parlimen DAP itu.

Rayer menyaman Murugesan berkait beberapa video dikeluarkan pada September 2024 di aplikasi WhatsApp, TikTok, dan Facebook.

Ahli Parlimen itu berkata, video berkenaan berunsur fitnah dan telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang peguam, wakil rakyat, pemimpin DAP serta pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB).

Rayer berkata, kenyataan dibuat Murugesan dalam video tersebut telah ditonton secara meluas dan menarik banyak komen, sekali gus mencemarkan reputasi dan nama baiknya.

Antara lain, beliau berkata kenyataan itu membayangkan beliau mencuri dana PHEB dan sedang merancang untuk mencuri atau menyalahgunakan lebih banyak wang.

Rayer juga telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada 24 Nov 2024.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.