
Menurutnya, penangguhan itu bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pengalaman urusan rakyat di tahap terbaik.
“Orang ramai masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh.
“Sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan PMA versi baharu akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi Jabatan Imigresen dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya amat menghargai kerjasama dan sokongan berterusan orang ramai serta kekal komited memperkukuhkan keselamatan dokumen perjalanan negara dan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Minggu lalu, Zakaria dilaporkan berkata, PMA versi baharu yang dilengkapi 94 ciri keselamatan akan dikeluarkan bermula 1 Jun ini bagi memastikan ia lebih selamat dan sukar dipalsukan.
Antara ciri keselamatan baharu itu termasuk cetakan ultraviolet (UV), hologram, elemen visual tersembunyi dan benang menjahit buku pasport juga memiliki ciri keselamatan.