Rakyat Malaysia didakwa bunuh wanita 21 tahun di Singapura

Rakyat Malaysia didakwa bunuh wanita 21 tahun di Singapura

Faiz Umar dituduh membunuh Chua Bee Ting dalam lif di Blok 248 Choa Chu Kang Avenue 2 pada Selasa.

Faiz Umar didakwa di hadapan seorang majistret di Hospital Universiti Nasional hari ini. (Gambar Wikipedia)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga Malaysia didakwa di Singapura atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 21 tahun dalam sebuah lif.

Faiz Umar, 22, dituduh membunuh Chua Bee Ting di Lif A, Blok 248 Choa Chu Kang Avenue 2, antara 8.53 malam dan 9.22 malam pada Selasa.

Menurut portal berita CNA, Faiz didakwa di hadapan seorang majistret yang hadir di Hospital Universiti Nasional hari ini.

Bagaimanapun, kertas pertuduhan tidak menyatakan bagaimana mangsa dibunuh.

Jika sabit kesalahan membunuh, Faiz boleh berdepan hukuman mati.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.