
Seorang ibu malang menjadi mangsa “amukan” anaknya yang baru berusia 10 tahun hanya kerana meminta beliau berhenti bermain telefon pintar.Kejadian itu berlaku di sebuah hospital di Guangzhou, China ketika kanak-kanak itu asyik bermain telefon pintarnya.
Kanak-kanak itu mengamuk dan dipercayai menerajang ibunya sekurang-kurangnya 5 kali di bahagian pinggang dan perut.
Rakaman video kejadian itu dikecam netizen yang menyifatkan kanak-kanak terbabit berada di luar kawalan.
Menurut laporan Peoples Daily Online, kanak-kanak itu masih bertindak ganas dengan menendang ibunya, walaupun cuba dihalang neneknya.
“Ibu tidak marah kamu,” pujuk mangsa yang dipetik laporan portal tempatan.
https://www.youtube.com/watch?v=ab16glwMX2I