Robot? Seks?

Robot? Seks?

Plastik dan logam ganti sentuhan manusia - alam maya ganti alam realiti?

sexbot
fmt-ohsem-inside-article1Dunia sedang menuju arah digitalisasi, betul… faham… tetapi mendigitalkan seks, sesuatu yang sukar dihadam, atau mungkin bagi kita yang masih tradisionalis.

“Sexbot” adalah terma yang digunakan dalam bahasa sains untuk ciptaan ini.

Ini bukan andaian, malah sesetengah pakar percaya ia bakal menjadi kenyataan dalam beberapa bulan lagi.

“Diperbuat daripada logam, getah dan plastik, diprogramkan untuk memberikan kegembiraan seksual, sexbot pertama akan siap tahun depan,” kata pakar artificial intelligence, David Levy dalam persidangan antarabangsa mengenai Cinta dan Seks dengan Robot di Goldsmiths, University of London, petik AFP.

Okay, “time out” bagi mereka yang masih tidak dapat menerima hakikat ini. Yang mula terlopong mulut atau sudah terbayangkan rupa sexbot, sila kembali ke artikel ini.

Ini kerana syarikat yang berpangkalan di California, US Abyss Creations akan memulakan pemasaran robot seks dan menyatakan ia sebagai peneman kehidupan masa depan dengan keupayaan bercakap dan bergerak seperti manusia.

Hmm…okay, berhenti berimaginasi!

Tak cukup dengan itu, Levy juga berkata kemungkinan manusia berkahwin dengan robot juga boleh berlaku – sekitar tahun 2050.

Pendedahan itu dibuat semasa pameran robot permainan seks. Turut ditemui alat mencium untuk pasangan cinta jarak jauh.

Ia dipanggil “Kissenger”, dilekatkan pada telefon bimbit, mempunyai sensor mengesan ciuman dan menghantarnya ke peranti pasangan dalam ‘real time’.

Okay, saya dapat baca pemikiran anda, bertenang… revolusi teknologi seks rupanya tak habis lagi. Anda masih bersama kami?

Pelajar Universiti Keio, Tokyo juga sedang membangunkan gajet seks, “Teletongue”, alat interaksi lisan jarak jauh yang direka dengan sedikit ‘kenakalan’, ehem… ehem…

Kesan moral dan rohani

Sedang kita fikir mengenai impak kepada moral dan rohani, tidak ketinggalan akidah dan agama, pakar sains komputer Universiti Sunderland, Lynne Hall, berkata seks dengan robot lebih baik dan lebih hebat.

Apa? Kenapa?

Katanya, ia selamat, seseorang tidak boleh terdedah kepada penyakit dan boleh dikawal.

Jangan risau, dalam kenyataan yang sama, beliau juga akui ia tidak bermakna robot boleh menggantikan manusia.

Namun Levy membayangkan pula, perkahwinan dengan robot akan menjadi langkah seterusnya. Ini kerana hubungan seks dengan robot akan dijadikan lumrah, katanya.

Mungkin saya patut berhenti di sini sahaja kerana Levy banyak berkongsi mengenai kehebatan dan kesempurnaan sexbot yang boleh beri kesan kepada pembaca.

Manalah tahu, kalau-kalau ada yang sudah mula mencarinya dalam talian semasa membaca artikel ini.

Apapun, ramai pakar dalam bidang komputer dan sains juga mempunyai tanggapan berbeza, iaitu hubungan seks dengan humanoid atau robot masih terlalu jauh untuk dicapai.

Pelajar PhD University City di London, Emma Yann Zhang, yang menyediakan prototaip Kissenger, percaya dunia masih memerlukan masa yang lama sebelum idea ini diterima.

Ah… mujur, ini baru berita baik.

Kajian perintis Institut Imagineering di Johor, Malaysia dengan kerjasama Universiti City mendedahkan kebanyakan peserta enggan menjadikan robot sebagai teman seks.

Mereka yakin, “perubahan paradigma” yang diutarakan oleh Levy tidak akan berlaku, sekurang-kurangnya dalam tempoh yang dijangkakanya.

Apapun, kita tunggu pengenalan sexbot seperti yang dijanji oleh Levy pada tahun hadapan. Bukan apa, nak tahu sejauh mana kebenaran. Lelaki atau perempuan pun saya tak tahu. Maaf tak dinyatakan dalam artikel rujukan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.