Sapu lantai, lap tingkap, kutip sampah, kalau nak belajar di sini

Sapu lantai, lap tingkap, kutip sampah, kalau nak belajar di sini

Mencontohi model pendidikan di Jepun dan Taiwan di mana pelajar perlu membersihkan bilik pembelajaran masing-masing.

clean
fmt-ohsem-inside-article1Kita ada satu peraturan sekolah yang baharu! Bersihkan bilik darjah sebelum sesi pembelajaran hari tersebut berakhir.

Itu peraturan baharu yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan di Singapura di semua sekolah rendah dan menengah bagi memupuk nilai positif dalam kalangan muridnya.

Bagus tak?

Sebenarnya inisiatif itu diambil daripada model pendidikan di Jepun dan Taiwan di mana pelajar perlu membersihkan bilik belajar masing-masing.

“Tujuannya adalah untuk membantu mereka memupuk tabiat yang baik untuk kehidupan,” kata kenyataan Kementerian Pendidikan seperti yang dipetik The Straits Times.

Menariknya, perkara ini mendapat sokongan penuh ibu bapa. Ya, ibu bapa sebulat suara menyokongnya.

Justeru, ia mula diamalkan secara mendatori di semua sekolah dan pusat pendidikan.

Selain ibu bapa, pihak sekolah juga menunjukkan sokongan mereka. Antaranya, Pengetua Sekolah Rendah Xinmin, A. Sivam Reddy yang melihat ia membawa kesamarataan tanpa mengira status sosial atau kekayaan.

Bagi guru kanan Sekolah Menengah Juying, Adrian Tan pula ia mengajar pelajar kemahiran asas kehidupan.

Sekolah diberi pilihan membuat keputusan mengenai aktiviti dan masa yang boleh ditetapkan dalam menjalankan pembersihan bilik darjah ini.

Misalnya di Sekolah Rendah Ghee Teck di Ang Mo Kio, muridnya membersihkan bilik darjah dan koridor bersama guru 5 minit pada waktu akhir sekolah.

Ada yang menggunakan elemen muzik bertemakan kebersihan semasa melakukan aktiviti itu.

Pensyarah ekonomi Universiti Kebangsaan Singapura, Kelvin Seah berkata, aktiviti seperti ini membantu pelajar menjaga ruang secara bersama dan mengelak mana-mana pihak daripada mengotorkan kawasan tersebut.

Rasanya zaman saya bersekolah di Shah Alam, Selangor pada 1990an pun ada sistem itu.

Jadual bertugas yang memerlukan murid berada di kelas 10 minit sebelum sesi sekolah bermula.

Hmm, agaknya ada lagikah sistem itu di sekolah atau sudah ditarik balik?

Apapun, amalan menjaga kebersihan satu inisiatif yang baik dan memupuknya sejak kecil harus disokong.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.