Tahun ayam jantan yang penuh cabaran!

Tahun ayam jantan yang penuh cabaran!

Ramalan tahun baharu lunar sesuatu yang dinanti-nantikan semua. Jom kita lihat apa ramalan tahun ini.

2017
fmt-ohsem-inside-article1Setiap kali sampai ke penghujung tahun, mengalukan kedatangan tahun baharu, kita buat-buat macam baru lahir…

Ceh, konon nak jadi manusia baru, macam tulah lebih kurang.

Tapi sebelum itu, ada yang tak tertinggal untuk menilai sejauh mana tahun baharu itu berpihak kepada mereka. Ia seperti perkara wajib menjelang Tahun Baharu Cina. Lahir tahun anjing, naga, anjing atau mana-mana 12 zodiak yang lain memberi ramalan tertentu.

Percaya atau tidak, bergantung kepada pegangan masing-masing. Di bawah FMT Ohsem senaraikan ramalan tahun baharu lunar mengikut tahun haiwan seperti yang dikongsi dalam msn.com

1. Oleh kerana ini tahun ayam jantan, kita beri penghormatan kepada yang lahir tahun itu
– Lahir pada 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993 dan 2005.
– Tahun yang bertenaga, lancar dan lebih baik, khususnya dari segi kerjaya.
– Anda akan peroleh bantuan pada waktu yang dikehendaki
– Jangan mudah mempercayai seseorang terutama melibatkan urusan wang
– Tahun untuk jatuh cinta! Ehem, ini termasuk untuk yang dah berkahwin, hati-hati jangan terperangkap dalam skandal. Setia kepada pasangan anda.

2. Anjing
– Lahir pada 1934, 1946, 1958, 1970 1982, 1994 atau 2006
– Hidup lebih seimbang dan berpihak kepada anda.
– Anda kena keluar dari “comfort zone” yang menyebabkan diri anda kurang aktif atau kurang berdisiplin.
– Sebaiknya jangan bergantung pada orang lain, jangan tamak dengan bantuan yang diperolehi.
– Masa untuk bercinta dan bercinta…

3. Khinzir
– Lahir pada 1935, 1947, 1959, 1971 1983, 1995 atau 2007
– Tak berapa baik kerana pengurusan diri ada masalah.
– Berfikir 2 kali sebelum bercakap sesuatu.
– Kalau berazam untuk belajar sesuatu atau melanjutkan pengajian inilah masanya.
– Berhati-hati dalam hubungan, pilih untuk menjadi lebih jujur.

4. Tikus
– Lahir pada 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996 dan 2008
– Apa yang boleh dikatakan…. ia tahun yang terbaik untuk anda, apa lagi enjoylah!
– Latih untuk merendah diri kerana anda akan jadi sasaran semua.
– Tahun yang baik untuk bercinta. Malah anda akan miliki tarikan yang unik di mata pasangan.

5. Lembu jantan
– Lahir pada 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997 dan 2009
– Tahun yang ada “ong”, terutama dengan bantuan dan restu orang tua.
– Hubungan dengan pasangan bertambah baik, kalau ada masalah pun, berkomunikasi dengan baik, semuanya akan settle.

6. Harimau
– Lahir pada 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998 atau 2010
– Hmm… tak begitu baik, jadi berpada-padalah. Kalau bawa kenderaan, kena hati-hati.
– Kehidupan cinta pun mencabar, so bersabar dan saling bertoleransi.
– Kurangkan ngauman dan lebihkan bersabar wahai harimau

7. Arnab
– Lahir pada 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999 atau 2011
– Tahun yang bercampur, macam rojak, ada benda yang disukai, ada yang sebaliknya.
– Apapun anda akan dapat sokongan, gunakan dengan baik, jangan salah guna individu yang tawar bantuan
– Hubungan cinta… hmmm, kesibukan mungkin menyebabkan anda terlepas pandang beberapa perkara, mungkin ada orang ketiga, jadi berpada-padalah ye.

8. Naga
– Lahir pada 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000 atau 2012
– Tahun 5 bintang! Wow, tahun dan zodiak yang paling sempurna nampaknya
– Musim cinta berbunga, yang dah kahwin bertambah steady.
– Siapa lahir tahun naga sila angkat tangan!

9. Ular
– Lahir pada 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001 atau 2013
– Okay, anda akan hadapi kesukaran dan cabaran tetapi kewangan anda akan jadi stabil
– Berilah perhatian kepada kesihatan, jangan kerja sahaja
– Luangkan masa bersama pasangan anda, bagi yang single tunggulah ye… mungkin belum sampai masanya

10. Kuda
– Lahir pada 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002 atau 2014
– Anda mungkin hadapi kekecewaan, depressi dan kurang senang. Jangan risau, semuanya akan baik.
– Cuba kekal bertenaga dan hadapi cabaran dengan baik, jaga kesihatan.
– Berita baiknya, kehidupan romantik anda bertambah baik, anda akan dapat sokongan selagi setia dan jujur.

11. Biri-biri
– Lahir pada 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003 atau 2015
– Tahun yang baik, kecuali akan wujud sedikit perselisihan di tempat kerja. Fokus pada kerja, semuanya akan beransur baik.
– Tahun yang baik untuk kewangan, tetapi kena pandai kawal
– Baik untuk pasangan, yang solo jangan risau, inilah tahunnya.

12. Monyet
– Lahir pada 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004 atau 2016
– Bersedia hadapi tahun yang mencabar dan penuh dugaan. Bersabar dan terus berusaha sebaik mungkin untuk hadapinya
– Cuba berbuat baik pada pasangan, anda mungkin hadapi ketegangan, bersabarlah.
– Tahun yang kena banyak bersabar

Itu sahaja ramalan tahun baharu lunar kali ini. FMT Ohsem tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana salah faham atau salah tafsir, kerana ini hanya ramalan, selebihnya di tangan sendiri.

Gong Xi Faa Chai!

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.