Program TV tempatan 80-an, 90-an segar dalam ingatan

rancangan

fmt-ohsem-inside-article1Baru-baru ini kita mengimbas kenangan iklan popular era 80-an, hari ini kita imbas pula rancangan televisyen tempatan yang pernah mewarnai zaman 1980-an dan 1990-an kita.

Kenapa pilih 2 era itu? Ha…. kerana ia zaman kegemilangan rancangan televisyen (TV) Malaysia apabila saluran TV3 diperkenalkan pada 1984 dan tempoh siaran dipanjangkan.

Waktu itu TV sangat popular, malah dari aspek elektronik, itu sahaja wadah yang kita ada untuk mengembara dunia secara visual dan audio.

Ingat lagi acara sukan kebangsaan dan global yang dipancar secara langsung? Pengacara terkenal era itu seperti Hasbullah Awang dan Rahim Razali dengan gaya penyampaian mereka. Cakap sahaja musim sukan, semua melekat depan TV.

Kita kenal semua pelakon dan artis pada zaman itu, walaupun berlainan bangsa.

Daripada Susan Lankester, Tiara Jacquelina, Julia Rais, Ramona Rahman dan Sofea Jane yang kita semua sukai kerana kelainan imej mix parentage; Imuda, Jaafar Onn, Melissa Saila dan watak seperti Pak Uda dan Dee yang terkenal kerana gelagat penuh humor, semuanya membentuk zaman muda/kanak-kanak kita.

Siaran TV pula bermula sekitar 3 atau 4 petang. Waktu itu satu keluarga bersiap sedia menunggu depan TV bersama kuih dan kopi. Apapun sebelum rancangan bermula secara rasmi, lagu Negaraku akan dimainkan.

Dahulu, kalau memiliki TV (dan radio) perlu ada lesen. Ingat lagi, bila tiba tarikh luput, lesen perlu dikemaskini dengan bayaran RM12 (lebih kuranglah).

Okay, di bawah saya senaraikan beberapa rancangan TV zaman 80-an dan 90-an popular mengikut kategori.

Rancangan berunsur maklumat

  • Intisari rancangan: Dulu kami ada rancangan khas untuk menyenaraikan semua program TV yang akan dimainkan sepanjang hari. Popular jugalah kerana hanya itu rujukan program yang akan ke udara (bagi mereka yang tak tengok surat khabar)

(kredit: Hafiz Izzudin)

  • Hari Ini Dalam Sejarah : Imbasan kejadian bersejarah yang dipaparkan sama ada sebelum atau selepas berita.
  • Ulasan berita
  • Arena sukan

Slot telefilem

  • Panggung RTM
  • Colours of Rangoli

Rancangan kanak-kanak

  • Kartun TV pendidikan : “Ada 10 ekor buaya bodoh”, ingat lagi? Rindu benar pada kartun zaman itu yang penuh teladan. Mudah difahami dan menggunakan bahasa kebangsaan, itulah keistimewaannya.

  • Cumi dan Ciki
  • Di Mana Joe Jambul : Satu lagi rancangan permainan ala detektif untuk kanak-kanak dengan selitan imej kartun Joe Jambul. Menguji kemahiran geografi dan pengetahuan am kanak-kanak. Ingat lagi bab tempatkan tiang lampu mengikut negara? Kena hafal peta dunia tu!
  • Usop Sontorian

(kredit: Nyiragongo)

  • Alam Ria Cuti Sekolah
  • Keluang Man

Rancangan “game show”

– Roda Impian : Ala-ala Wheel of Fortune yang sangat popular kerana pengacara kacaknya, Halim Othman dan kemudian diambil alih Hani Mohsin. Mula ditayangkan sekitar 1996 dan bertahan 10 tahun.

(kredit: Mohamad Nias Azmi Ahmad)

  • Perdana Ria
  • Keluarga Bahagia Singer : Antara rancangan berbentuk game show paling awal dan sempat menjadikan lagenda Sudirman sebagai pengacaranya.

(Kredit Abgcantik)

  • Lingo : Ingat lagi pengacaranya, Gary Thanason? Antara rancangan yang betul-betul “clever”…

Rancangan hiburan

  • Muzik Muzik
  • Sinaran Pasport Kegemilangan : Inilah rancangan realiti zaman dulu, dan memperkenalkan kita kepada ramai artis sekarang, antaranya Shamsul Ghau Ghau yang muncul dengan tagline Ghau Ghau Bau, Mazlan Pet Pet dari Senario, Yus Raja Lawak dan ramai lagi.

(Kredit: Firis Rozley)

Rancangan masakan

  • Kuali
  • Selera Nusantara
  • Aroma

Rancangan sitkom komedi

  • Pi Mai Pi Mai Tang Tu : Ini antara kegemaran ramai kerana penyampaiannya yang santai dan kelakar, membabitkan penglibatan artis semua bangsa.

(kredit: the87juju)

  • Jangan Ketawa : Lakonan Dee, Moon, Rambo Chin dan ehem, Harith Iskandar (zaman dia masih berambut).

(kredit: Norman Hafizi Alfan)

  • 2+1 : Semua orang di Malaysia mula mengenali Imuda menerusi watak Sam dalam drama ini. Walaupun ada kontroversi dengan watak Sam, sitkom ini memang meletup!

(Kredit: Stoner)

  • Bendul : Percubaan untuk menghasilkan sitkom ala Mr Bean tetapi tidak berjaya.
  • Spanar Jaya

Rancangan bersiri drama tempatan

Opah : Kisah keluarga yang diminati ramai.

(Kredit: Zambri Mat)

  • Pendekar Kundur
  • Naik Tangga Turun Tangga
  • PJ Holdings : (Drama ala Dallas lah konon, pendedahan kepada dunia korporat tempatan. Teruja juga tengok bangunan besar, ofis cantik, pakai sut dan skandal dalam drama itu).
  • Rumah Kedai

(kredit: Koleksi Drama Melayu)

Akhir sekali, makluman mengenai:

  • Rancangan tergendala : Kita semua tak suka bila rancangan tergendala, terutama bila berlaku pada adengan klimaks atau penting. Ada yang sibuk panjat bumbung nak alih ariel, cuba nasib konon…