Eee… mulut anda berbau, ini mungkin sebabnya

Eee… mulut anda berbau, ini mungkin sebabnya

Mulut berbau boleh memberi kesan kepada hubungan sosial.

bad-breath
fmt-ohsem-inside-article1Selalu ditegur kerana mulut berbau? Berikut 10 sebab yang mungkin menjadi faktornya.

Tidak flos gigi

Flos gigi bukan tabiat pilihan membersihkan mulut untuk kebanyakan orang. Ia menyakitkan dan ada kalanya meletihkan. Tetapi, tahukah anda makanan yang tersekat di celah gigi akan menyebabkan pembiakan bakteria dan seterusnya menyebabkan mulut anda berbau busuk.

Minum banyak alkohol

Alkohol boleh menyebabkan mulut dehidrat dan kekeringan dan memudahkan pembiakan bakteria.

Kurang minum air kosong

Pengambilan air dapat membantu menghasilkan air liur yang seterusnya boleh mengurangkan pembentukan bakteria di dalam mulut dan memperbaiki bau mulut.

Guna terlalu banyak pembersih mulut

Pembersih mulut beralkohol boleh membunuh bakteria di dalam mulut, tetapi pada masa sama, ia turut mempercepatkan pembiakan bakteria. Oleh itu, kaedah ini tidak berfungsi untuk jangka panjang.

Makan terlalu banyak gula-gula pudina

Cara ini hanya boleh membantu untuk jangka pendek kerana kandungan gula dalam gula-hula pudina akan menjadi sumber makanan untuk bakteria terus membiak di dalam mulut anda.

Pengambilan ubat

Pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan mulut berbau.

Kelaparan

Apabila anda lapar, perut akan merembeskan sejenis gas kimia yang boleh menyebabkan baunya naik ke mulut dan menyebabkan mulut berbau busuk.

Merokok

Kita semua tahu merokok mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada kesihatan, termasuk mulut berbau busuk.

Guna berus gigi lama

Doktor mencadangkan orang ramai mengganti berus gigi setiap 3 bulan bagi mengelakkan berus gigi menjadi tempat pembiakan bakteria.

Bernafas melalui mulut

Bernafas menggunakan mulut menyebabkan kekeringan dan seterusnya mulut berbau. Jadi, pastikan anda bernafas melalui hidung, bukannya mulut.

Kredit: Singapore Women’s Weekly

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.