
Di negara Asia terutamanya Malaysia, kita sibuk memutihkan kulit tetapi di sebelah sana (Barat), seorang model Sudan diraikan kerana warna kulitnya yang bukan sekadar gelap tetapi jauh lebih gelap daripada kebiasaan.Gadis bernama Nyakim Gatwech dikenali sebagai “Queen Of Dark” menjadi sensasi di media sosial kerana warna kulitnya yang tersangat gelap serta sihat dan kini menjadi model antarabangsa untuk jenama besar.
“Saya pernah ditanya seorang pemandu Uber yang awal-awal lagi meminta saya tidak menganggap perkara itu sebagai serangan. Dia tanya kalau saya diberi AS$10000, adakah saya akan memutihkan kulit saya?,” imbas gadis itu dalam Instagram miliknya.
“Saya tak dapat respon, hanya ketawa terbahak-bahak.
“Kemudian dia tanya, ‘jadi ia tidak?’ Dan tentu sekali yeah, jawapannya tidak. Kenapa perlu saya putihkan melanin sihat yang dikurniakan Tuhan?” tambahnya.
“Dan dia kata, ‘awak melihatnya sebagai kurniaan’?

Dalam satu temubual dengan Yahoo Beauty, model berkenaan akui sudah berpindah ke Amerika Syarikat dan terus menjadi bahan kritikan kerana warna kulitnya itu. Ekoran itu, dia mengambil keputusan untuk menulis pengalaman dan pendiriannya untuk mendidik wanita lain yang berasa ‘kurang’ di sebalik kesempurnaan diri mereka.
