2 tahun selepas ‘Nasi Goreng GST’, Ahmad Maslan masak lagi

Foto kredit: Asrul Samad
Foto kredit: Asrul Samad

fmt-ohsem-inside-article1Okay, anda pasti tidak dapat melupakan kisah “nasi goreng tanpa GST” oleh Datuk Ahmad Maslan yang menjadi sindiran pengguna media sosial Malaysia tidak lama dulu?

Bagaimana pula dengan nasihat beliau kepada pelajar universiti supaya memasak sendiri bagi mengelak tekanan kos sara hidup yang tinggi?

Nampaknya nasi goreng dan Ahmad Maslan tidak dapat dipisahkan.

Terbaru, Ahli Majlis Tertinggi Umno berusia 51 tahun itu sekali lagi tampil dengan bakat memasaknya.

Foto kredit: Asrul Samad
Foto kredit: Asrul Samad

Kali ini di bazar Ramadan di Pontian, Johor, beliau tampil lengkap dengan apron dan bertopi. Hmm… apa agaknya mesej yang hendak disampaikan beliau?

Memilih berdiam diri kebelakangan ini, namun 2 keping foto beliau memasak nasi goreng dimuat naik oleh pengguna Facebook, Asrul Samad.

Dalam foto itu, Ahmad Maslan sedang sibuk mengoreng nasi di periuk leper besar disaksikan orang ramai sekali gus mengaitkannya dengan persoalan pilihan raya umum seperti tidak lama lagi.

Ekoran itu, Asrul dalam statusnya menulis, “Pada bulan Ramadan kali ini saya sempat stalk Datuk Ahmad Maslan. Tidak saya sangka banyak aktiviti atau kerja-kerja sambilan yang beliau lakukan untuk menanggung kos sara hidup”.

Dalam nada sinis, Asrul juga merumus perbuatan itu sebagai langkah yang diambil ahli politik untuk menambah pendapatan di samping mendekatkan dirinya dengan jiwa rakyat.