
Selepas Brazil, kini China pula menganjurkan pertandingan punggung wanita tercantik dan kempen mempamerkan aset masing-masing bermula sama ada secara langsung di pusat beli-belah atau di laman sosial.Peserta dari seluruh China dikhabarkan berkumpul di wilayah Liaoning dan memulakan “perang punggung” dengan masing-masing memakai topeng mata dan berpakaian seksi.
Gao Qian berusia 19 tahun dari Shenyang menjuarai pertandingan itu kerana berjaya menawan hati juri dengan punggungnya yang tercantik berbanding peserta wanita lain.
“Saya tidak dapat memakai seluar ketat di jalanan kerana semua orang akan mengelilingi dan memandang saya,” katanya.

Kira-kira 50 peserta menyertai pertandingan “tunjuk tayang” yang dihakimi 7 juri.
Gao ialah pelatih peribadi sepenuh masa dan vlogger terkenal, menyiarkan rutin hariannya dalam laman sosial.
Gao setinggi 5 kaki 7 inci dan 60kg berat menyertai pertandingan itu selepas disarankan oleh rakan-rakannya.