Milik siapa kereta mewah emas di London?

Milik siapa kereta mewah emas di London?

Alex turut memiliki beberapa kereta mewah lain yang juga bersalut emas kerap dilihat di sekitar kota London.

goldcar-2
fmt-ohsem-inside-article1Pernahkah anda melihat kereta mewah, Lamborghini bersalut warna emas di mana-mana sekitar Malaysia atau Singapura?

Kalau pernah, anda pasti tertawan dengan kecantikan kereta tersebut di samping tertanya-tanya siapa pemiliknya?

Sebenarnya kereta dengan nombor plat sama turut dikesan berlegar di bandar raya London, menimbulkan pelbagai persoalan kepada wartawan dan paparazi.

Pada mulanya ramai menyangka ia mungkin milik kerabat diraja Arab Saudi atau orang berada dari Rusia, tetapi ia sebenarnya kereta seorang rakyat biasa dari Asia, lebih tepat lagi, seorang rakyat Singapura.

Menariknya, pemilik bernama Alex Ong merupakan rakyat biasa warga Singapura yang melakukan perniagaan perdagangan dari rumah.

Menurut laporan portal The Economist, kereta Lamborghini bersalut emas dengan nombor plat berdaftar di Singapura, diimport dari Arab Saudi bernilai lebih dari $1,000,000 milik jutawan industri perdagangan atas talian.

Terkejut?

Ramai yang tidak tahu kewujudan lelaki ini sehinggalah keretanya bersalut emas dikesan di beberapa lokasi di kota London dan tentu sekali di Singpura.

Apa pun, ia bukanlah satu-satunya kereta milik Alex sebaliknya dia memiliki kereta jenama dan model mewah yang pelbagai iaitu Mercedes AMG GT, Bentley GT3, Rolls Royce Phantom Coupe dan Lamborghini Aventador, semuanya bernilai ratusan ribu dolar setiap satu.

goldcar-1

Alex yang dikatakan berjaya sehingga menjadi jutawan hasil titik peluh sendiri mempunyai hobi mengumpul kereta mewah dengan membuat pembelian baharu hampir setiap bulan.

Mungkin kisah Alex ini boleh dijadikan motivasi kepada mereka yang memikirkan pilihan bekerja dari rumah, tetapi pastikan perniagaan dipilih itu benar-benar berkeuntungan kalau nak jadi macam Alex.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.