Wanita pilih ‘waktu bersama’ lebih lama

Wanita pilih ‘waktu bersama’ lebih lama

Hasil kajian mendapati secara purata lelaki di dunia daripada mana-mana kategori usia tidak dapat mencapai tempoh purata ideal iaitu 25 minit 51 saat.

Jam
fmt-ohsem-inside-article1Wanita seluruh dunia, secara purata memilih untuk melibatkan diri dalam aktiviti seks untuk tempoh sekitar 25 minit 51 saat dalam satu-satu masa.

Mengejutkan? Tetapi inilah realiti kajian Saucydates.com yang mengukur tempoh masa keintiman pilihan responden wanita dari seluruh dunia.

Kajian yang melibatkan 3,836 responden dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Kanada, Australia dan India mendedahkan bangsa dan perbezaan usia sebagai faktor utama kemampuan seseorang lelaki meluangkan masa dalam aktiviti seks.

Walaupun kedua-dua jantina didapati ‘bersama’ dalam tempoh masa yang selesa, kebanyakan masih kecewa dengan persembahan pasangan lelaki mereka.

nintchdbpict000372416795

Hasil kajian mendapati secara purata lelaki di dunia daripada mana-mana kategori usia tidak dapat mencapai tempoh purata ideal.

Namun, terdapat pola perubahan pada tempoh masa keintiman seiring dengan kenaikan usia dan penurunan selepas usia tertentu.

Seperti yang dijangka, AS didapati menjuarai carta dengan lelaki berusia 31 tahun meluangkan waktu paling banyak ketika seks iaitu 17 minit dan 5 saat.

Manakala lelaki Britain pula menghabiskan masa intim yang kurang berbanding lelaki AS, bagaimanapun ada peningkatan ketika mencapai 30-an.

India adalah satu-satunya negara di mana tempoh masa intim berkembang seiring dengan peningkatan usia dan mereka ‘sangat baik’ ketika mencapai usia 50an.

Menurut kajian itu lagi, bagi lelaki Australia, kemuncak waktu mereka adalah pada usia 31 tahun iaitu 16 minit dan 34 saat dan berkurangan selepas itu.

Kredit gambar: thesun.co.uk

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.