PM Kanada terlebih Bollywood, gelikan hati netizen

PM Kanada terlebih Bollywood, gelikan hati netizen

Trudeau mengenakan jubah panjang keemasan ke gala Bollywood di Mumbai, di mana beliau bertemu dan bergambar dengan pelakon Shah Rukh Khan yang mengenakan sut hitam.

pm-canada3
Penampilan keluarga Trudeau ketika menghadiri majlis gala Bollywood di Mumbai. (Gambar BBC)
fmt-ohsem-inside-article1

Apa perasaan anda menghadiri sesuatu majlis atau upacara bangsa lain, berpakaian mengikut adat mereka tetapi berlebihan sehingga menjadi tumpuan?

Bak kata pepatah, terlebih kuah dari nasi! Begitu jugalah situasi menimpa Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau apabila disindir terlebih Bollywood dari Bollywood sewaktu lawatannya ke India baru-baru ini.

Mereka dikesan menukar sekurang-kurangnya 3 pakaian tradisional sehari, mengalahkan mana-mana orang India dari India.

“Adakah hanya saya berasa begitu atau sememangnya gaya yang dikenakan melucukan kerana kelihatan sedikit berlebihan? Untuk makluman, kami, rakyat India tidak berpakaian seperti ini setiap hari, Tuan (Trudeau), bahkan di Bollywood pun tidak begitu,” sindir mantan Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah.

Trudeau mengenakan jubah panjang keemasan ke gala Bollywood di Mumbai, di mana beliau bertemu dan bergambar dengan pelakon Shah Rukh Khan yang mengenakan sut hitam.

pn-canada
Antara rakam papar pengguna laman sosial menyindir cara pemakaian keluarga Trudeau. (Gambar BBC)

“Kami faham Trudeau tidak tahu mengenai adat pakaian rakyat India tetapi bagi seseorang yang sangat berkenan untuk memakai kurta India, tidak salah mengharapkan sentuhan berkelas,” tulis majalah India Today.

Media Outlook India pula berkata, Trudeau “terlalu India bahkan untuk orang India sendiri.”

Perkara sama turut disampaikan netizen di media sosial apabila pengguna menyindir beliau dengan pelbagai tema filem Bollywood.

“Semua bintang Bollywood mengenakan pakaian biasa, namun keluarga Trudeau memilih pakaian ‘Bole chudiyan Bole kangna’ LOL. Sangat suka dengan gaya PM Kanada, tapi terlalu berlebihan. Tidak dapat berhenti dari ketawa,” tulis pengguna bernama Shivam Vij di laman Twitter.

Seorang lagi menulis, “Jika Trudeau seorang pengantin India pada majlis pernikahan sekali pun, pakaiannya tetap kelihatan berlebihan.”

canada_pm1
Gambar foto menunjukkan Trudeau berpakaian kurta India sewaktu sambutan Deepavali di Kanada tahun lalu.

Kesian, selain Trudeau, seluruh ahli keluarganya juga turut mengenakan pakaian India, iaitu isteri beliau yang kelihatan beberapa kali dalam pakaian sari selain mengenakan ‘bindi’ di dahi dan 2 anak kecilnya.

Mungkin beliau salah faham dengan cara pemakaian pelakon dalam filem dan siri drama Hindustan yang sememangnya berlebihan dengan realiti fesyen sebenar.

Apapun, ramai memuji usaha PM Kanada dalam menghormati dan mengekalkan budaya India sepanjang lawatannya dengan memberi keutamaan berpakaian tradisional.

Trudeau sememangnya terkenal dengan usahanya menepati tema sesuatu acara atau majlis khususnya melibatkan bangsa dan agama lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.