10 pemain ‘hot’ World Cup 2018

10 pemain ‘hot’ World Cup 2018

FMT Ohsem menyenarai 10 pemain paling 'hot' dalam senarai pemain bola sepak Piala Dunia 2018, mengetepikan pemain senior yang dah terbukti ada pengikut kerana penampilan mereka.

Free Malaysia Today
Marcos Rojo.

Lazimnya penonton dan peminat bola sepak tak perlukan apa-apa sebab untuk menonton bola. Apa yang penting bagi mereka ialah pasukan atau negara kesukaan mereka menang dan mahu meneliti bagaimana pasukan lain berentap di padang.

Mereka ini golongan yang boleh menonton bola untuk seberapa lama yang mungkin. Tetapi ada juga golongan yang tidak berapa minat menonton bola, kecuali ada sebab yang menarik perhatian mereka.

Bagi kaum Hawa, tidak ramai yang meminati sukan ini. Kalau bukan kerana pengaruh bapa atau adik-beradik lelaki, rakan lelaki, apa lagi yang menjadi tarikan mereka?

Mungkin segelintir penonton wanita lebih tertarik untuk menonton perlawanan bola sepak kerana pemainnya. Sama juga dengan Piala Dunia kali ini. Rata-rata ramai yang memuatnaik gambar pasukan tertentu, walaupun bukan popular tetapi semata-mata kerana pemainnya yang ‘hot’.

FMT Ohsem ingin menyenarai 10 pemain paling hot dalam senarai pemain bola sepak Piala Dunia 2018 kali ini di Russia. Pilihan ini mungkin terhad dan kami percaya kita mempunyai lebih ramai pemain yang sama-sama ‘hot’ dan menjadi kegilaan anda. Ketepikan pemain senior yang dah terbukti ada pengikut kerana penampilan, di bawah adalah pemain yang baru dan mungkin tidak disedari selama ini.

1. Portugal: Andre Silva

Pemain Portugal, Silva baru berusia 22 tahun di sebut-sebut dalam hampir semua senarai pemain “hot” Piala Dunia Russia. Gaya rambutnya yang kemas dan badan berotot merupakan tarikan utama beliau. Graduan dari Porto ini bermula sebagai pemain simpanan dalam pasukannya pada tahun 2015 dan melakukan lebih 50 penampilan di padang dengan skor 24 gol sebelum sertai Milan pada 2017.

2. Argentina: Marcos Rojo

Kami tahu anda mesti sukakan yang ini. Kini Argentina menawarkan satu lagi pemain kacak selain Messi. Pemain professional Argentina ini pernah mewakili pasukan Manchester United dan dan pasukan negara Argentina. Dia memulakan karriernya di kelab tempatan Estudiantes de La Plata di mana Marcos memenangi piala Copa Libertadores pada 2009 dan meneruskan perjuangan di Club World Cup tahun yang sama. Marcos membuat penampilan pertama untuk Argentina pada 2011 dan 2014 FIFA World Cup.

3. Germany: Jérôme Boateng

Ada individu yang cair hati dengan lelaki yang berkulit gelap dan kelihatan maskulin. Jérôme pastinya tergolong dalam citarasa demikian. Kacak dan kemas, pemain Jerman ini merupakan salah seorang pemain pertahanan yang terbaik dalam barisan perlawanan Piala Dunia kali ini. Awalnya menyertai Bayern Munich dan kemudian pasukan kebangsaan Jerman, Jérôme dikatakan hebat dari segi fizikal dan tenang di atas padang. Mungkin dia juga boleh buat hati kita tenang apabila menonton perlawanan bola sepak kelak.

4. Mexico: Rafael Márquez

Pada usia 39 tahun, Rafael bukan sahaja pemain “hot” tetapi seorang bapa yang “hot”. Berwajah tipikal Amerika Latin, Rafeal merupakan pemain ketiga dalam sejarah bola sepak yang menyertai 5 perlawanan Piala Dunia. Bakatnya atas padang dalam pelbagai kedudukan menjadikan Rafael antara pemain yang akan menjadi perhatian dunia. Bagaimanapun pemain ini juga terkait dengan kontroversi jenayah iaitu isu penyeludupan dadah. Mari kita lihat sejauh mana isu dadah mempengaruhi kedudukannya.

5. Belgium: Thorgan Hazard

Thorgan adalah pemain tengah Belgium yang berusia 25 tahun. Menarik mengenai lelaki kacak ini ialah bola sepak bukan satu sukan dalam kalangan ahli keluarganya sebaliknya menjadi sebahagian daripada budaya hidup. Ini kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pemain bola sepak selain adik-beradiknya yang lain.Thorgan masuk dalam kategori pemain paling dicari dalam senarai pemain Piala Dunia 2018 bukan hanya kerana “hot” tetapi juga kerana mempunyai raut wajah seperti “the next door guy”.

6. Uruguay: Nahitan Nandez

Pemain pasukan bola sepak Uruguay yang paling terkenal ialah Luis Suarez, tetapi kerana pelbagai isu membabitkan etika dan disiplin, dia bukan lagi sebahagian daripada pemain Piala Dunia kali ini. Jangan risau kerana kita ada Nandez, 22, yang juga menjadi tarikan baharu bagi Piala Dunia pasukan Uruguay. Nandez merupakan kapten pasukan dan menjadi antara pemain penting dalam perlawanan Uruguay U20 di FIFA U-20 World Cup 2015. Nampaknya ada sebab untuk menonton perlawanan pasukan Uruguay yang dijangka memberi kejutan pada Piala Dunia kali ini.

7. Iran: Ramin Rezaeian

Antara pasukan yang menjadi perhatian kerana pemainnya ialah negara Iran. Negara ini mempunyai beberapa pemain “hot” dalam barisan mereka salah seorang daripadanya ialah Ramin yang berusia 28 tahun. Pemain pertahanan Iran ini pasti akan memberi pengalaman menonton perlawanan bola sepak yang paling mengujakan. Kalau anda suka lelaki berjambang berpenampilan seperti pelakon Bollywood, inilah pemain yang anda mesti tonton!

8. Sepanyol: César Azpilicueta

Lebih dikenali di bawah payung pasukan Chelsea, César Azpilicueta merupakan segelintir daripada pemain EPL yang berjaya menyertai Piala Dunia 2018. Cesar yang berusia 28 tahun antara wajah yang menjadi tarikan kerana penampilan dan kecomelannya. Dengar khabar Cesar masih bujang…

9. Sepanyol: Gerard Pique

Buah hati penyanyi terkenal Shakira, Gerard bukan sahaja pemain handal milik Sepanyol tetapi antara pemain paling ‘hot’ untuk perlawanan Piala Dunia kali ini. Bapa kepada 2 orang anak ini bukan orang baru dalam dunia bola sepak sebaliknya memulakan karrier sejak 2004 lagi. Selain terlibat dalam bola sepak, Gerard juga dipilih sebagai wajah koleksi He untuk jenama Mango bagi 2001 hingga 2012. Gerard dipikat Shakira ketika penggambaran klip video “Waka Waka (This Time for Africa)”, untuk Piala Dunia FIFA 2010. Gerard dan Shakira berkongsi hari lahir yang sama, cuma Shakira 10 tahun lebih tua dari Gerard.

10.Perancis: Kylian Mbappé

Kylian baru berusia 19 tahun, antara pemain termuda Piala Dunia 2018. Bola sepak bukan sesuatu yang baharu dalam hidup Kylian kerana bapanya sendiri ialah seorang jurulatih bola sepak dan ibunya pula bekas pemain bola baling. Anak kacukan Cameroon sebelah bapa dan Algeria sebelah ibu ini menjadikan pemain Cristiano Ronaldo sebagai pemain idolanya. Apa yang menarik mengenai Kylian ialah dia sering kali disifatkan sebagai seorang pemain yang mempunyai bakat mendalam dalam bola sepak dan disamakan dengan pemain Thierry Henry oleh Pengurus bola sepak Perancis, Arsène Wenger.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.