
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan siasatan kes kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, tidak akan terhenti tanpa mengira keputusan PRN 12 Ogos.
Beliau menegaskan kes kecurian itu bukan bersifat terpencil atau isu dimainkan pada PRN kerana melibatkan soal keselamatan negara.
“Jangan anggap isu ini enteng seolah-olah insiden ini terpencil atau isu yang dimainkan pada musim pilihan raya kerana ini melibatkan isu keselamatan negara,” katanya menurut Bernama ketika mengadakan sidang media di Alor Setar.