Guna helikopter kerajaan jangan sampai ‘makan diri’, Bersih ingatkan PM

Guna helikopter kerajaan jangan sampai ‘makan diri’, Bersih ingatkan PM

Bagaimanapun Bersih setuju penggunaan aset kerajaan atas pertimbangan pragmatik dan keselamatan, namun elak campur aduk tugasan rasmi dan kempen.

PETALING JAYA:
Bersih memberi ingatan kemungkinan tindak balas terhadap respons Anwar Ibrahim menjawab kritikan berkait penggunaan helikopter melawat penempatan Felda, walaupun atas pertimbangan pragmatik.

“Sikap ‘angkuh’ dan ‘bongkak’ seperti yang ditunjukkan oleh PM mungkin akan memakan diri sendiri kerana rakyat tidak akan bersetuju dengan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen,” kata badan pemantau pilihan raya itu dalam kenyataan.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.