PRN lebih daripada sekadar referendum terhadap Anwar, kata penganalisis

PRN lebih daripada sekadar referendum terhadap Anwar, kata penganalisis

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, keputusan PRN akan menunjukkan penerimaan rakyat terhadap kerjasama PH dan BN.

PETALING JAYA:
Kurang daripada 10 juta pengundi akan keluar mengundi dalam PRN enam negeri pada Sabtu ini, tetapi keputusannya mungkin membawa masalah kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan sekutu utamanya, Barisan Nasional (BN).

Walaupun badan pemantau pilihan raya, Bersih berkata, PRN itu tidak patut dilihat sebagai pungutan suara terhadap kerajaan persekutuan pimpinan Anwar, tetapi Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berpendapat ia mungkin berbeza bagi pengundi.

“Ia akan menunjukkan penerimaan terhadap gabungan perpaduan dan dasarnya dalam kalangan pengundi,” katanya kepada FMT.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.