Tiada debat, Dr Mahathir-Nazri tetap hadir makan laksa, cendol

Tiada debat, Dr Mahathir-Nazri tetap hadir makan laksa, cendol

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam sambil makan dan menghayati pemandangan indah Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar.

nazri-mahahthir
KUALA KANGSAR:
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap hadir hari ini, walaupun perbahasan mereka berdua tidak berlangsung.

Kedua-dua pemimpin turut mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam sambil menikmati “laksa kuala” dan cendol serta menghayati pemandangan indah Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar.

Mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya terlibat dalam perbahasan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah petang ini anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Bagaimanapun, polis menolak permohonan bagi permit mengadakan perbahasan itu atas faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, kali terakhir beliau berjumpa Dr Mahathir kira-kira 5 tahun lalu.

Mengenai keputusan polis menolak permohonan permit perbahasan hari ini, beliau mengulangi kenyataannya perbahasan itu sebenarnya satu bentuk wacana.

“Saya harap polis dapat beri jawapan kepada saya kenapa tak beri (permit),” katanya.

Nazri cadang 7 April, mahu Khalid Samad jadi moderator

MRSM tak sesuai, polis tolak permit debat Mahathir-Nazri

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.