Pemandu lori menang rayuan majikan tak carum KWSP RM12,000

Pemandu lori menang rayuan majikan tak carum KWSP RM12,000

Hakim Mahkamah Tinggi menasihatkan KWSP sentiasa berwaspada terhadap 'label kreatif' yang digunakan majikan sebagai alasan untuk tidak membayar caruman kepada tabung persaraan pekerja itu.

Lawyer New Sin Yew (right) explaining the High Court judgement to lorry driver Maniam Subramaniam (left). In the middle is PSM central committee member Rani Rasiah.
KUALA LUMPUR:
Seorang pemandu lori memenangi rayuan di Mahkamah Tinggi hari ini terhadap bekas majikannya yang tidak membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berdasarkan tunggakan “pembayaran balik” perjalanan kepada beliau

Hakim, S Nantha Balan membenarkan rayuan Maniam Subramaniam untuk mendapatkan tunggakan pembayaran sebanyak RM12,791 daripada bekas majikannya, Cold Chain Network Sdn Bhd berdasarkan perjalanan dibuatnya ketika bekerja dengan syarikat itu dari Julai 2010 sehingga Ogos 2013.

Dalam penghakiman lisannya, Nantha berkata, pembayaran kepada Maniam untuk perjalanan bukan “pembayaran balik” atau “elaun perjalanan”.

“Dalam kes ini, beliau membuat perjalanan menggunakan lori syarikat dan beliau diberikan kad petrol dan Touch N Go oleh syarikat tersebut, dan dibayar berdasarkan jarak perjalanannya.

“Pada pendapat saya, perjalanan itu adalah insentif, bukannya pembayaran balik seperti didakwa majikannya,” katanya sambil menambah insentif itu ialah sebahagian pendapatan yang perlu dicarum kepada KWSP di bawah Akta KWSP.

Nantha berkata, KWSP perlu berwaspada dengan “label kreatif” yang digunakan syarikat sebagai alasan tidak membayar caruman kepada tabung persaraan pekerja itu.

Mahkamah turut memerintahkan syarikat itu membayar kos RM3,000 kepada Maniam.

New Sin Yew yang mewakili Maniam berkata, keputusan itu penting untuk pekerja lain di negara ini.

“Ramai daripada kita yang bergantung kepada simpanan KWSP selepas persaraan. Keputusan ini juga memberitahu KWSP selaku penjaga dana pekerja untuk membela hak pencarum,” katanya.

Lelaki berumur 58 tahun itu memfailkan tuntutan di Mahkamah Sesyen tahun lepas untuk mengisytiharkan RM12,791 ialah upah seperti dinyatakan di bawah Akta KWSP 1991 dan Cold Chain Network bertanggungjawab membayar Maniam jumlah itu sebagai sebahagian caruman KWSP kepada beliau.

Pada 9 Disember 2016, Mahkamah Sesyen menolak tuntutan Maniam atas alasan KWSP sudah menyiasat dakwaannya dan mahkamah tiada sebab mencampur tangan hasil siasatan itu.

Maniam membuat aduan kepada KWSP, meminta mereka menyiasat tuntutannya terhadap syarikat itu tidak membayar carumannya.

Bagaimanapun, KWSP tidak mengambil tindakan selepas menerima penjelasan syarikat itu dalam surat bertarikh 2 September 2014 yang pembayaran balik perjalanan bukan sebahagian daripada upah patut dicarumkan di bawah Seksyen 2 Akta KWSP.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.