
Ini kerana warga Seremban dan Telok Kemang mahukan perubahan memandangkan isu dan keadaan semasa yang didengari, dilihat dan dirasai oleh mereka sendiri, kata Pengerusi Aminuddin Harun.
“Apa yang ingin menteri besar hadiahkan amat sukar untuk ditunaikan walaupun kita tahu banyak cara digunakan dengan adanya sedikit persempadanan dan perubahan semua.
“Seremban, Telok Kemang dan Rasah merupakan kawasan bandar yang terdedah kepada maklumat semasa dan mereka juga orang awal yang menerima kesan ekonomi,” katanya kepada FMT.
Semalam, BN Negeri Sembilan berhasrat menghadiahkan kemenangan 2 kerusi Parlimen iaitu Teluk Kemang dan Seremban kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Seremban dikuasai DAP dan Telok Kemang dikuasai PKR sejak 2 penggal lalu. DAP memenangi Seremban dengan majoriti 3,948 undi pada 2008 dan 12,553 undi pada 2013. PKR memenangi Teluk Kemang dngan majoriti 2,804 undi pada 2008 dan 1,579 undi pada 2013.
Pengerusi Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jentera parti perlu bekerja lebih keras untuk menawan 2 kerusi Parlimen pembangkang itu serta mempertahankan 5 kerusi Parlimen sedia ada.
Aminuddin berkata sudah cukup baik buat BN sekiranya mereka dapat mempertahankan 5 kerusi mereka daripada ditawan PH.
“Kita tahu sentimen ini tetapi ramai pengundi luar yang duduk di luar,” katanya.
Beliau berkata pengumuman-pengumuman biasa yang ditawarkan BN di Seremban dan Telok Kemang mungkin tidak akan menarik minat para pengundi atas pagar.
“Melainkan dia umumkan perkara tertentu mungkin rakyat atau pengundi atas pagar akan tertarik,” katanya, merujuk kepada peruntukan RM1.315 bilion kepada Langkawi yang diumumkan Najib baru-baru ini.
Walau 2 kali menang, undi tentera gusarkan PKR di Telok Kemang