Tan tanya PKR: 8 tahun khidmat saya di Wangsa Maju sia-sia?

Tan Kee Kwong berkata dia menghasilkan sokongan yang kuat dalam kalangan pengundi Wangsa Maju sejak 8 tahun lalu. (gambar Facebook)

PETALING JAYA: Dr Tan Kee Kwong mempertikaikan keputusan kepimpinan PKR kerana tidak membenarkan beliau mempertahankan Parlimen Wangsa Maju yang dimenangi pada pilihan raya umum 2013 dengan majoriti besar.

Beliau menyuarakan perasan kecewa, berkata dia sudah berkhidmat di Wangsa Maju selama 8 tahun, dari sebelum bertanding pada 2013.

Beliau menyorot perhatian kepada ceramah di Danau Kota Ahad lepas di mana ribuan hadir sebagai isyarat mereka menyokongnya.

“Sokongan macam mana lagi yang kepimpinan mahu? Saya ada sokongan kuat daripada pengundi Wangsa Maju.”

Tan berkata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad juga turun berceramah di situ juga boleh dilihat sebagai satu bentuk sokongan.

“Wangsa Maju satu-satunya kerusi di Kuala Lumpur di mana Dr Mahathir berceramah. Ternyata ini menunjukkan beliau menyokong saya sebagai calon di Wangsa Maju,” katanya.

Semalam, PKR mengumumkan Bendahari Agung Datin Tan Yee Kew akan mempertahakan kerusi yang mempunyai majoriti Melayu yang kecil.

Tan bagaimanapun sukar menerima keputusan itu kerana Yee Kew tewas di Tanjung Malim pada PRU 2013 dan tidak menyumbang apa-apa di Wangsa Maju.

“Mengapa pilih orang seperti ini? Mengapa letakkan calon bidan terjun di Wangsa Maju? Mengapa pilih calon yang tidak aktif di sini?” katanya.

Pada PRU 2013, Yee Kew tewas di Tanjung Malim di tangan Datuk Seri Ong Ka Chuan yang memperoleh majoriti 4,328 undi.

Yee Kew meninggatkan MCA untuk PKR pada 2008. Beliau sebelum ini Ahli Parlimen Klang selama 3 penggal, memenangi kerusi itu untuk Barisan Nasional pada 1995, 1999 dan 2004.

Di hari pengundian 9 Mei nanti, beliau akan bertembung Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Yew Teong Look dan Razali Tumiran dari PAS.

Separuh dari pengundi di Wangsa Maju adalah orang Melayu, 40% Cina dan 10% India dan lain-lain.

Pada 2013, Tan menewaskan Ketua Umno Wangsa Maju Datuk Mohd Shafei Abdullah dengan majoriti 5,511 undi, dalam pertarungan 1 lawan 1 yang menyaksikan 86% pengundi, bersamaan 57,771 orang, keluar mengundi.

Tan Kee Kwong berkata dia menghasilkan sokongan yang kuat dalam kalangan pengundi Wangsa Maju sejak 8 tahun lalu. (gambar Facebook)