
Menurut kenyataan pejabat media kerajaan Dubai, pelantikan beliau oleh pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, akan berkuatkuasa 14 Nov.
Zaki, 73, menyertai Mahkamah DIFC pada Disember 2013, kira-kira 2 tahun selepas beliau bersara sebagai ketua hakim negara ini.
Mahkamah DIFC mengendalikan masalah sivil dan komersial di Dubai, satu daripada pusat kewangan terkemuka di dunia.
Ini termasuk masalah berhubung dari pemindahan kewangan antarabangsa yang sofistikated hinggalah kepada kutipan hutang dan pekerjaan.
Zaki, yang kini berada di Dubai, memberitahu pelantikan itu datang dengan “penuh kejutan”.
“Alhamdulillah, saya 2 kali menjadi ketua hakim,” katanya menerusi WhatsApp.
Pada September 2007, dari seorang pengamal peguam beliau dilantik terus sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, pelantikan terus pertama seumpamanya dalam sejarah kehakiman Malaysia.
Dua bulan kemudian, beliau dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan sebelum menjadi ketua hakim pada Oktober 2008 sehingga beliau bersara pada September 2011.
Di samping itu, Zaki dilantik ketua hakim Malaysia, dan ia juga menjadi yang pertama dalam sejarah dunia apabila seorang ayah dan anak pernah mengetuai sebuah badan kehakiman negara.
Bapanya, Allahyarham Tun Mohamed Azmi Mohamed, adalah ketua hakim Mahkamah Persekutuan dari 1968 hingga 1974.