Nampaknya kemenangan besar pelawak terkenal Ukraine, Volodymyr Zelensky yang merupakan calon Parti Servant of The People dalam pusingan ke-2 pilihan raya presiden membuktikan selebriti mempunyai pengaruh yang unik dalam arena politik.

Kemenangan Zelensky dan bekas bintang rancangan TV realiti, Donald Trump bukanlah yang pertama menyertai dunia politik. Jika mengikut perkembangan semasa, pasti akan ada lagi selebriti yang akan terjun dalam bidang ini.
Zelensky mendapat undi sebanyak 73.2% mengalahkan pesaingnya, Petro Poroshenko yang hanya meraih 25.3%.
Keputusan ini menunjukkan Zelensky yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia politik di pilih menjadi presiden di Ukraine.
Selain itu, beliau juga pernah tampil dalam siri TV iaitu “Servants of The People” di mana beliau berlakon menjadi guru yang menentang rasuah dan mendapat populariti sehingga memungkinkan beliau menjadi presiden yang sebenar.
Memandangkan potensi besar yang dimiliki oleh selebriti untuk menang dalam pilihan raya, Ketua Pegawai Eksekutif Nobleman Creation’s Digital Marketing, Na’im Brundage menjalankan satu kajian bagi mengenal pasti 5 selebriti Malaysia yang akan dipilih jika mereka bertanding dalam pilihan raya:
1. Siti Nurhaliza (90,000+)
2. Neelofa (70,000+)
3. Yuna (60,000+)
4. Aiman Tino (40,000+)
5. Fattah Amin (30,000+)
5 selebriti ini dipilih berdasarkan carian nama mereka di Google setiap bulan.
Dan mereka adalah top 5 daripada 300 profil selebriti yang ditapis.
Jika dibandingkan dengan purata carian Google terhadap ahli politik yang juga ahli Parlimen Malaysia, ia menunjukkan tidak banyak beza dengan carian 5 selebriti tersebut.
1. Anwar Ibrahim (110,000+)
2. Mahathir Mohamad (90,000+)
3. Syed Saddiq (90,000+)
4. Lim Guan Eng (60,000+)
5. Khairy Jamaluddin (33,000+)


Adakah hasil kajian ini menunjukkan menjadi masa depan politik di Malaysia juga akan berubah?
Sumber: Nobleman Creations
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]