Kanada enggan ambil balik sampah plastik dari Malaysia

Kanada enggan ambil balik sampah plastik dari Malaysia

Kanada ‘tidak tahu’ kewujudan buangan sisa plastik negara itu di Malaysia.

Bulan lepas Malaysia memberi amaran kepada negara maju bahawa ia tidak lagi akan menerima sampah daripada mereka.
TORONTO:
Kanada menegaskan ia tidak merancang untuk mengambil balik sisa sampah plastik dari Malaysia meskipun Kuala Lumpur memberi amaran bahawa bahan buangan itu akan dihantar balik secepat mungkin.

Jurucakap kerajaan Kanada berkata, pihaknya tidak tahu menahu kewujudan sisa sampah plastik negara itu di Malaysia dan akan menghubungi Putrajaya untuk mendapatkan maklumat lanjut

Bulan lalu, kerajaan Malaysia memberi amaran bahawa sebanyak 60 kontena sisa sampah yang dibawa masuk ke negara ini secara haram akan dihantar semula ke negara asal.

Menurut Putrajaya, 10 daripada kontena itu mengandungi sisa sampah plastik seberat 450 tan metrik dibawa masuk dari Kanada, China, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Arab Saudi, Bangladesh, United Kingdom dan Jepun.

Jurucakap Kementerian Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada Gabrielle Lamontagne berkata, “kerajaan Kanada tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk mengutip sampah di Malaysia.”

Isu negara maju menggunakan Asia Tenggara untuk pembuangan sisa sampah, khususnya bahan plastik, kini menimbulkan ketegangan diplomatik antara pihak berkenaan.

Baru-baru ini Filipina memanggil balik pegawai kedutaannya di Kanada setelah negara itu enggan mengambil balik sisa sampahnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.