Kongsi aktiviti harian di Instagram, pekerja binaan jadi ‘influencer’ di Instagram

Kongsi aktiviti harian di Instagram, pekerja binaan jadi ‘influencer’ di Instagram

Media sosial pada zaman kini sememangnya memainkan peranan besar dalam kehidupan seseorang malah ia juga mampu mempengaruhi keadaan sekeliling.

Siapa sangka dengan hanya 21 “posting” di Instagram seorang bapa dari Texas, Amerika Syarikat (AS) kini bergelar “influencer”.

Pada asalnya, Omar tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan “influencer” dan anak perempuannya yang menjelaskan mengenai maksudnya.

Selepas mengetahuinya, bapa tersebut mendaftar akaun Instagram @justaconstructionguy dan mula berkongsi tentang kehidupan hariannya sebagai seorang pekerja pembinaan.

Omar yang bekerja di kawasan pembinaan di Austin kerap memuat naik gambar dia mengenakan pakaian kerjanya.

Omar memuat naik beberapa gambar yang biasa dilakukan oleh personaliti media sosial lain seperti aktiviti minum secawan kopi, gambar pakaian hari ini (outfit of the day) dan gaya paling popular seakan membawa seseorang menuju ke sebuah destinasi.

Pengikut Omar kini sudah mencecah lebih setengah juta!

Dalam tempoh seminggu sahaja, Omar berjaya mengumpul lebih 342,000 pengikut di Instagram.

Terkini, jumlah pengikutnya sudah meningkat kepada 544,000 orang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.