
Agensi itu dalam kenyataan berkata kandungan berkenaan dikesan disebarkan melalui Facebook, Threads dan WhatsApp, termasuk menggunakan elemen grafik yang menyerupai sebuah agensi berita.
Menurutnya, maklumat itu didakwa palsu dan berpotensi mencetuskan persepsi negatif sehingga menimbulkan kegelisahan serta panik dalam kalangan masyarakat.
“Hasil semakan mendapati kandungan tersebut telah disunting daripada bahan rasmi Astro AWANI,” katanya.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
MCMC turut menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform digital untuk menyebarkan maklumat mengelirukan.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang sedia ada,” menurutnya.