
Timbalan menteri komunikasi berkata, tribunal berkenaan dipengerusikan oleh hakim daripada Mahkamah Tinggi bersama sekurang-kurangnya dua ahli tribunal.
“Ini satu tribunal rayuan secara ‘ad hoc’ yang bukan dipengerusi ataupun didengar oleh pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi hakim daripada Mahkamah Tinggi yang mendengar sebarang rayuan ini,” katanya menurut Bernama, di Kulai.
Beliau mengulas mengenai tindakan perlu dilakukan sekiranya seseorang individu itu dikenakan sekatan akaun media sosial.
Justeru, Teo menggalakkan orang ramai menggunakan saluran berkenaan sekiranya menghadapi masalah berkenaan.