Hantaran hina Sultan Selangor, polis terima 280 laporan polis

Hantaran hina Sultan Selangor, polis terima 280 laporan polis

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata, laporan tersebut direkodkan setakat 5 petang semalam sejak hantaran terbabit tersebar 25 April lalu.

Shazeli Kahar
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menerima 280 laporan polis dari seluruh negara suuslan penularan karikatur di media sosial yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata, laporan tersebut direkodkan setakat 5 petang semalam sejak hantaran terbabit tersebar 25 April lalu.

“Kesemua laporan itu dibuat oleh pelbagai pihak yang mengecam tindakan provokasi melampau berkenaan.

“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Sinar Harian.

Tambahnya, pihaknya sedang menjalankan siasatan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Fokus utama adalah untuk mengesan serta menahan individu yang bertanggungjawab mencemar kedaulatan institusi diraja.

“Orang ramai dinasihatkan agar menyerahkan sepenuhnya proses siasatan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Shazeli turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan kes.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.