
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya memandang serius penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian dan platform dalam talian yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
“Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi bagi mengelakkan salah faham atau permusuhan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, SKMM juga akan bekerjasama dengan polis dan agensi berkaitan untuk memantau, menyiasat serta mengambil tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang.
Individu yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda hingga RM500,000, penjara dua tahun, atau kedua-duanya.
SKMM menyatakan pihaknya turut mengambil tindakan terhadap penyedia platform yang tidak memberi kerjasama, selain mengingatkan mereka supaya mematuhi undang-undang serta mencegah penyalahgunaan perkhidmatan.