
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 19 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata 16 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti manakala satu di pusat tahanan.

Perincian 19 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.
- Kluster Industri Seri Kembangan (Petaling) dengan 144 kes
- Kluster Jalan Haji Taha (Kuching, Asajaya, Bau, Samarahan, dan Serian) dengan 121 kes
- Kluster Industri Sungai Sembrong (Kluang) dengan 68 kes
- Kluster Industri Taming Jaya (Hulu Langat dan Petaling) dengan 52 kes
- Kluster Jalan Sri Raya (Melaka Tengah) dengan 51 kes
- Kluster Industri Jalan Tech Valley Satu (Seremban) dengan 40 kes
- Kluster Jalan Harmonium Tebrau (Johor Bahru) dengan 19 kes
- Kluster Lingkaran Syed Putra (Lembah Pantai) dengan 16 kes
- Kluster Jalan Songsang (Temerloh) dengan 15 kes
- Kluster Industri Jalan Murni 12 (Kulai) dengan 14 kes
- Kluster Zone B Selatan (Sepang, Petaling, Hulu Langat, dan Klang) dengan 14 kes
- Kluster Industri Jalan Sultan (Klang) dengan 13 kes
- Kluster Perindustrian Bakri Tiga (Muar) dengan 12 kes
- Kluster Nusa Perintis Enam (Johor Bahru, Kota Tinggi, dan Pontian) dengan 11 kes
- Kluster Lorong Perusahaan Empat (Seberang Perai Tengah) dengan 9 kes
- Kluster Jalan Nagasari Satu (Seberang Perai Tengah) dengan 6 kes
- Kluster Dah Mata Ayer (Langkawi) dengan 25 kes
- Kluster Kampung Jaya Setia Badang (Kota Bharu) dengan 13 kes
- Kluster Pagar Tebedu ( Tebedu dan Serian) dengan 29 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 2,901 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 871 daripadanya kluster aktif dan 2,030 lagi sudah tamat.