
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, penggunaan ‘rakitstay’ itu masih dalam penelitian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
“Kita memaklumkan bahawa ini (rakitstay) adalah cadangan yang baik, kerana penjenamaan adalah aspek penting dalam sektor pelancongan, seperti Kuantan dengan Menara Kuantan 188, Raub sinonim dengan durian Musang King dan Cameron Highlands sebagai kawasan suhu sejuk.
“Rumah rakit ini pula banyak terdapat di Rompin iaitu 50 buah di Sungai Pontian dan Sungai Rompin.
Penggunaan rakitstay dapat memberi idea kepada pelancong bahawa, mereka akan memperoleh pengalaman tidur terapung di air,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]