
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja pembaikan sedang dilaksanakan bermula 9 pagi tadi.
“Kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada 10 malam,” katanya.
Senarai kawasan terjejas boleh didapati di Facebook Air Selangor.
Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna selepas kerja pembaikan siap dilaksanakan.
Tempoh pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
Bantuan alternatif melalui lori tangki air sedang digerakkan ke kawasan terjejas.
Air Selangor berkata, keutamaan akan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.