
PETALING JAYA: Sebanyak 20 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Kata beliau dalam kenyataan hari ini, 12 daripadanya dikesan di tempat kerja, lima dalam komuniti dan masing-masing satu berkait kegiatan keagamaan, sektor pendidikan dan kumpulan berisiko tinggi.
Kluster baharu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, Kelantan, serta Sabah dan Sarawak.

- Kluster Persimpangan Batu Arang (Gombak dan Hulu Selangor) dengan lima kes
- Kluster Industri Jalan Emas (Kuala Langat dan Klang) dengan sembilan kes
- Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih 2 (Hulu Langat dan Kuala Langat) dengan 85 kes
- Kluster Tapak Bina Persiaran Tanjung (Sepang) dengan tiga kes
- Kluster Persiaran Masjid Lima (Petaling, Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor) dengan 14 kes
- Kluster Jalan Muafakat (Johor Bahru) dengan empat kes
- Kluster Jalan Gangsa Industri (Johor Bahru) dengan tiga kes
- Kluster Jalan Tembaga Industri (Johor Bahru dan Kota Tinggi) dengan dua kes
- Kluster Kahang Timur (Kluang) dengan 11 kes
- Kluster Persiaran Satu (Cheras) dengan 26 kes
- Kluster Tapak Bina Batu Lima (Lembah Pantai) dengan 20 kes
- Kluster Jalan Segambut Pusat (Kepong dan Gombak) dengan sembilan kes
- Kluster Nanga Skrang (Sri Aman) dengan empat kes
- Kluster Skim Penempatan Stapok (Kuching dan Bau) dengan satu kes
- Kluster Tanjung Kapor (Semporna) dengan tujuh kes
- Kluster Kebagu (Kota Kinabalu dan Papar) dengan lapan kes
- Kluster Kampung Tok Sangkut (Pasir Mas) dengan satu kes
- Kluster Telipot (Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Bachok, dan Pasir Puteh) dengan tiga kes
- Kluster Lorong Taman Ipoh Dua (Kinta dan Kuala Kangsar) dengan satu kes
- Kluster Jalan Terbilang (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah) dengan dua kes