29 kluster baharu Covid-19, 13 berkait tempat kerja

29 kluster baharu Covid-19, 13 berkait tempat kerja

Lapan lagi kluster melibatkan komuniti, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 29 kluster baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ia membabitkan 13 kluster tempat kerja, 11 berkait komuniti, tiga membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu melibatkan aktiviti keagamaan dan institusi pendidikan.

Kluster berkenaan dikesan di Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak.

Perincian 29 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Jalan Bestari Empat (Johor Bahru) dengan 45 kes
  • Kluster Jalan Industri Lapan Emas (Pontian) dengan 24 kes
  • Kluster Batu 10 Skudai(Johor Bahru dan Kulai) dengan 19 kes
  • Kluster Industri Lagenda Putra Lapan (Kulai) dengan 16 kes
  • Kluster Industri Perai Dua (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan) dengan 35 kes
  • Kluster Lintang Batu Lanchang (Timur Laut dan Barat Daya) dengan 24 kes
  • Kluster Zon Dagang Bebas Perai (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dengan 10 kes
  • Kluster Tapak Bina Batu Lima 2 (Lembah Pantai) dengan 179 kes
  • Kluster Jalan Pusat Bandar (Kepong) dengan 19 kes
  • Kluster Sungai Enggang (Rompin) dengan 14 kes
  • Kluster Kampung Tanjung Balok (Kuantan) dengan sembilan kes
  • Kluster Sibulu (Tenom) dengan 55 kes
  • Kluster Cabang Tiga Lemal (Pasir Mas) dengan lapan kes
  • Kluster Paloh Gua Musang (Gua Musang) dengan 34 kes
  • Kluster Aring Gua Musang (Gua Musang) dengan 32 kes
  • Kluster Kampung Bukit Cina Kok Lanas (Kota Bharu dan Machang) dengan 22 kes
  • Kluster Cabang Empat Chetok 2 (Pasir Mas) dengan 18 kes
  • Kluster Kampung Kubang Telaga (Bachok) dengan 16 kes
  • Kluster Kampung Dewan Kecil (Machang) dengan 10 kes
  • Kluster Kerteh Tiga (Dungun) dengan 60 kes
  • Kluster Dah Kampung Tok (Kota Setar) dengan 39 kes
  • Kluster Tembeling Tengah (Jerantut) dengan 27 kes
  • Kluster Kampung Esso Intan (Hilir Perak) dengan 22 kes
  • Kluster Kampung Raya Sagil (Tangkak) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Pekan Baru (Klang) dengan 24 kes
  • Kluster Jalan Hospital Bandar Kota Bharu (Kota Bharu, Pasir Mas, dan Pasir Puteh) dengan 17 kes
  • Kluster Jalan Temenggong Ahmad (Muar) dengan sembilan kes
  • Kluster Kampung Dalam Rhu Tumpat (Tumpat) dengan 23 kes
  • Kluster Kampung Belukar Kadok (Kota Bharu) dengan lapan kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,731 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,128 daripadanya kluster aktif dan 2,603 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.