42 kluster baharu Covid-19, 23 babitkan tempat kerja

42 kluster baharu Covid-19, 23 babitkan tempat kerja

Dr Noor Hisham Abdullah berkata 15 daripadanya melibatkan jangkitan komuniti.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 42 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan, beliau berkata 23 daripadanya adalah kluster tempat kerja, 15 jangkitan komuniti, dua dari pusat tahanan dan satu dari golongan berisiko tinggi dan aktiviti keagamaan.

Kluster dikesan di Johor, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Selangor.

Perincian 42 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Industri Perusahaan Satu Beranang( Hulu Langat) dengan 150 kes
  • Kluster Industri Serendah 17 ( Klang, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, dan Kuala Langat) dengan 85 kes
  • Kluster Industri Sungai Janggut ( Kuala Selangor ) dengan 77 kes
  • Kluster Tapak Bina Lembah Selatan 2 ( Sepang dan Hulu Langat) dengan 68 kes
  • Kluster Industri Cheras Jaya 1/4( Hulu Langat) dengan 66 kes
  • Kluster Tapak Bina Laluan Klang Banting ( Klang dan Kuala Selangor ) dengan 60 kes
  • Kluster Tapak Bina Jalan U12 ( Petaling) dengan 45 kes
  • Kluster Tapak Bina Hulu Yam Bharu ( Hulu Selangor ) dengan 27 kes
  • Kluster Industri Jalan Taib Sungai Choh (Hulu Selangor) dengan 22 kes
  • Kluster Jalan Ria 25 (Petaling dan Klang) dengan 18 kes
  • Kluster Lorong Perusahaan Bukit Minyak Sembilan ( Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dengan 44 kes
  • Kluster Jelawat Dua Seberang Jaya ( Seberang Perai Tengah ) dengan 13 kes
  • Kluster Zon Dagang Bebas 4A (Kinta ) dengan 20 kes
  • Kluster Jalan Perindustrian Tempat Bukit Minyak Satu ( Seberang Perai Tengah) dengan 6 kes
  • Kluster Jalan Kampung Sigal ( Gua Musang ) dengan 22 kes
  • Kluster Industri Taman Desa Kemumin ( Kota Bharu dan Bachok ) dengan 15 kes
  • Kluster Tasek Raja 2 ( Pasir Mas ) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Tepi Sungai Melintang ( Hilir Perak ) dengan 65 kes
  • Kluster Jalan Izzudin Taiping ( Larut Matang dan Selama ) dengan 21 kes
  • Kluster Industri Kinta Rahman ( Kinta dan Kuala Kangsar ) dengan 70 kes
  • Kluster Perindustrian Seelong Jaya ( Kulai ) dengan 12 kes
  • Kluster Jalan Canggih Sembilan ( Johor Bahru ) dengan 11 kes
  • Industri Kemasul (Bentong) dengan 43 kes
  • Kluster Pos Blau (Gua Musang) dengan 38 kes
  • Kluster Kampung Kuin Pasir (Bachok dan Kota Bharu) dengan 27 kes
  • Kluster Taman Desa Johan ( Pasir Mas ) dengan 13 kes
  • Kluster Jalan Engku Muda ( Pasir Mas ) dengan 12 kes
  • Kluster Kampung Gaung ( Pasir Mas ) dengan enam kes
  • Kluster Kampung Jelujok Banggu ( Kota Bharu dan Bachok) dengan 23 kes
  • Kluster Nanga Puti ( Tatau dan Bintulu ) dengan 37 kes
  • Kluster Senibong ( Lundu dan Kuching ) dengan sembilan kes
  • Kluster Kampung Bunga Serian (Serian) dengan 29 kes
  • Kluster Jalan Wawasan Simpang Renggam (Kluang) dengan 19 kes
  • Kluster Jalan Teknologi 10 Tangkak (Tangkak) dengan 10 kes
  • Kluster Dah Kampung Ladang (Kubang Pasu) dengan 67 kes
  • Kluster Rantau Teratai (Maran) dengan 37 kes
  • Kluster Pulai Tengah (Sabak Bernam) dengan 12 kes
  • Kluster Kampung Tasek Kubu (Marang dan Hulu Terengganu) dengan 84 kes
  • Kluster Tembok 2 ( Kota Setar ) dengan 489 kes
  • Kluster Dah DTI Relau (Bandar Baru) dengan 60 kes
  • Kluster Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan ( Johor Bahru) dengan 21 kes
  • Kluster Sungai Buaya Jenjarom (Kuala Langat) dengan 14 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 4,348 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,403 daripadanya kluster aktif dan 2,945 kluster lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.