
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada hanya 790 orang daripada 226 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi berbanding 1,337 orang daripada 382 keluarga petang semalam.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat 8 malam semua mangsa banjir berada di tiga PPS di daerah Pasir Mas.
Mereka terdiri daripada 262 lelaki, 255 wanita, 138 kanak-kanak lelaki, 127 kanak-kanak perempuan dan lapan bayi.
Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman sesawangnya pula melaporkan air di semua sungai utama di Kelantan kini berada pada paras biasa.