Bekas CEO Bursa meninggal dunia akibat kanser

Bekas CEO Bursa meninggal dunia akibat kanser

Yusli Mohamed Yusoff meninggal dunia pada tengah hari dan jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Damansara lewat hari ini.

Yusli Mohamed Yusoff dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Bursa dari 10 April 2004 sehingga 31 Mac 2011. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Yusli Mohamed Yusoff meninggal dunia akibat kanser.

Menurut laporan The Edge, Yusli, 63, meninggal dunia tengahari hari ini selepas bertarung dengan penyakit dihidapinya.

Yusli dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Bursa dari 10 April 2004 sehingga 31 Mac 2011 yang sebelum itu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur.

Terbaharu, beliau dilantik Pengerusi Mudajaya Group Bhd dan Presiden Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia (MICG).

Ketua Pegawai Eksekutif MICG, Roshni Jayantilal mengesahkan perkara itu dan menyifatkan pemergian Yusli satu kehilangan besar.

“Yusli adalah seorang penyokong tadbir urus korporat yang mantap dan seorang yang merendah diri, mentor dan pemimpin yang hebat yang dikagumi dan dihormati ramai,” The Edge memetik beliau sebagai berkata.

Yusli juga memegang jawatan Pengarah dalam FGV Holdings Bhd, AirAsia X Bhd, Westports Holdings Bhd dan KPJ Healthcare Bhd.

Difahamkan, solat jenazah akan diadakan di Masjid Bukit Damansara lewat hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.