
Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob akan menjadi pilihan BN sebagai “poster boy” gabungan itu apabila PRU diadakan nanti.
“Hari ini hari jumaat dan pilihan raya di Johor, tidak sesuai saya umumkan siapakah ‘poster boy’ kita dalam PRU15. Kita tunggu apabila parti buat keputusan,” katanya dalam satu sidang media.
Dalam pada itu, Zahid berkata, BN mempunyai sistem musyawarah dalam membuat sesuatu keputusan melibatkan parti.
“Kita punya sistem musyawarah dan kebersamaan barisan pembuat keputusan lazimnya akan mengadakan perbincangan bagi menentukan bahawa parti harus berada di garisan hadapan.
“Ketika itu kita akan umumkan,” katanya.