Serangan PH terhadap Najib hanya naikkan populariti ‘Bossku’, kata penganalisis

Serangan PH terhadap Najib hanya naikkan populariti ‘Bossku’, kata penganalisis

Penganalisis berkata Najib Razak telah menunjukkan kepintarannya dalam menggunakan media sosial untuk memberikan hujah berasaskan fakta kepada orang ramai.

Najib Razak yang popular dengan gelaran “Bossku” berkempen di Johor pada Khamis. (Gambar Facebook Najib Razak)
PETALING JAYA:
Serangan berterusan Pakatan Harapan (PH) terhadap Najib Razak dan kejatuhannya daripada kuasa pemerintahannya pada 2020, membantu menaikkan status “Bossku” bekas Perdana Menteri itu, kata seorang penganalisis politik.

Felo penyelidikan kanan di Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, Najib telah menunjukkan kepintarannya dalam menggunakan media sosial untuk memberikan hujah berasaskan fakta kepada orang ramai.

“Ketika PH berkuasa selama 22 bulan, beliau menggunakan media sosial untuk menunjukkan kekeliruan mereka atau menjawab dakwaan terhadapnya,” katanya.

Tambahnya, ini mencetuskan keinginan orang ramai untuk mahu seseorang seperti Najib kembali menerajui kepimpinan semula dan kerajaan seperti Barisan Nasional (BN) yang dipercayai agak stabil sejak enam dekad lalu.

“Persepsi amat penting dalam politik dan dengan aura “Bossku” Najib yang menarik orang ramai, persepsinya ialah parti itu (BN) disokong oleh rakyat,” katanya kepada FMT.

Ditanya mengapa Najib mengekalkan aura “Bossku” walaupun berdepan beberapa kes mahkamah, Azmi berkata penyokong Najib percaya sabitan itu adalah penganiayaan politik yang terpilih, “kerana penyokongnya menyedari bahawa orang lain yang turut disabitkan kesalahan tidak dipilih”.

Katanya, cubaan pihak pembangkang untuk mengecam Najib hanya menyemarakkan lagi popularitinya dalam kalangan penyokong.

Manakala bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Ab Aziz Kaprawi berkata harapan orang ramai musnah apabila PH gagal menunaikan janji mereka ketika mereka berkuasa, dan berpegang teguh untuk mengukuhkan pengikut Najib.

“Mereka sedar bahawa Najib lebih baik berbanding orang seperti Lim Guan Eng dan Mahathir Mohamad. Walaupun disabitkan atas dakwaan di mahkamah, beliau menunjukkan prestasi lebih baik sebagai pemimpin berbanding yang lain,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata aura “Bossku” Najib akan membawa Umno kepada kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Aziz berkata sia-sia bagi pembangkang untuk terus membangkitkan isu yang sama untuk memburukkan Najib, lebih-lebih lagi ia telah dicetuskan sebelum pilihan raya umum (PRU) 2018.

Sementara itu, James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata pembangkang sering mengkritik Najib kerana mereka bimbang kehadirannya yang dapat dilihat itu berpotensi menyebabkan beliau dipilih semula sebagai Perdana Menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.